siapa kita nak labelkan orang
adakah kita ada hak mutlak pada seseorang sampai kita boleh label 'si polan' tu sebagai munafik
kenalkah kita pada dia sesungguhnya macam Allah kenal setiap satu hambanya sampai kita boleh nyatakan dengan yakin yang 'si polan' itu munafik
sedangkan Allah yang maha mengetahui setiap sifat hambaNya pun tak meletakkan label walaupun ianya dalam kemampuanNya
adakah kerana kejahatan yang dilakukan sampai sedikit kebaikan yang dibuat tak dipandang
adakah wajar kerana kebaikan sampai sedikit kejahatan yang dilakukan boleh diabaikan
manusia, lebih suka memilih sesuatu berdasarkan apa yang dia mahu
bukan mahu menganalisa berdasarkan apa yang perlu
ingatlah..
akan tiba waktunya kita akan meninggalkan dunia
dan pada ketika itu, mungkin orang yang dikatakan munafik itu yang membantu ketika urusan pengebumian dan waris2 yang ditinggalkan
mungkin juga orang yang dikatakan mulia itu meninggalkan dan waris diabaikan
sesungguhnya Allah menguji kita dalam setiap segi
boleh jadi kamu warak, isteri yang solehah, suami yang soleh
tapi disisi lain kamu xsedar yang kamu diuji dengan tindakan kamu terhadap orang lain
No comments:
Post a Comment